BEST TUITION at HOME service adalah berkonsepkan tuisyen di rumah namun cara pelaksanaan serta kualitinya adalah setanding kelas di pusat tuisyen.

Kami menyedari keutamaan ibubapa adalah terhadap kualiti prestasi pembelajaran anak-anak mereka. Oleh itu, kami mengehadkan hanya maksimum empat pelajar dalam satu kelas. Dalam satu kelas/sesi tersebut, pelajar boleh terdiri daripada level yg sama atau level yang berlainan. Ini juga satu kelebihan buat ibubapa kerana mereka dapat menyediakan kelas tuisyen pada anak-anak serentak.

Sebagai contoh, Untuk level yg sama, ibubapa boleh mengumpul pelajar yang terdiri daripada anak mereka dan juga rakan-rakan kepada anak tersebut.

Atau jika ibubapa mempunyai tiga orang anak, ketiga2 anak itu boleh mengikuti kelas yg sama dalam satu masa. Walaupun berlainan level, tutor boleh memberi tumpuan yang baik kerana bilangan pelajar yang sangat kecil.

KOMITMEN KAMI:
Memastikan anak anda mendapat perhatian sewajarnya terhadap pembelajaran mereka terutamanya pada kelemahan mereka

Menyediakan tutor terbaik dari segi latar belakang peribadi serta akademik. Ibubapa berhak dan boleh menukar tutor bila-bila masa jika terdapat masalah dan pihak kami akan menggantikan dengan tutor yg lain.

Rekod prestasi pelajar secara berterusan disediakn untuk rujukan ibubapa

KEPERLUAN TUISYEN:
Ibubapa hanya perlu sediakan sebuah meja dan kerusi (meja makan sedia ada) untuk memastikan kelas boleh berjalan dgn baik.
Jika ada papan putih kecil/medium juga lebih baik.

Untuk mendaftar, klik pada tab DAFTAR di atas.
Sebarang pertanyaan, kemusykilan boleh ajukan terus melalui emel: alhayat.edu@gmail.com atau call 0193954209

BEST TUITION at HOME service

TERBUKA UNTUK SEMUA PELAJAR DARI TAHUN SATU HINGGA TINGKATAN LIMA.

KEISTIMEWAAN KAMI:

  • YURAN SERENDAH RM10/hour UNTUK LEVEL 1, RM12.50/hour UNTUK LEVEL 2, RM15/hour UNTUK LEVEL 3
  • HANYA MENYEDIAKAN TUTOR YANG MEMPUNYAI LATAR BELAKANG AKADEMIK YANG BAIK DAN CEMERLANG
  • MAKSIMUM HANYA EMPAT PELAJAR DALAM SATU SESI. TIADA LAMBAKAN PELAJAR DEMI MENGAUT KEUNTUNGAN TAMBAHAN.
  • FOKUS EXTRA TERHADAP KELEMAHAN PELAJAR
  • LATIHAN TAMBAHAN SERTA NOTA RINGKAS DISEDIAKAN
  • MOTIVASI DAN KAUNSELING DIBERI PERCUMA
  • JAMINAN PRESTASI PELAJAR AKAN MENINGKAT
  • DISIPLIN DAN GERAK KERJA TUTOR DIPANTAU OLEH SYARIKAT. IBUBAPA TIDAK PERLU RISAU ATAU RAGU-RAGU DENGAN LATAR BELAKANG PERIBADI TUTOR
  • LAPORAN PRESTASI PELAJAR SECARA BERTERUSAN
  • SUASANA PEMBELAJARAN YANG SEMPURNA, PROGRESIF DAN BERKUALITI
  • JIMAT MASA DAN KOS MENGHANTAR ANAK KE PUSAT TUISYEN
  • KESELAMATAN ANAK TERJAMIN
  • IBUBAPA BOLEH PANTAU ANAK SECARA TIDAK LANGSUNG
  • PELUANG BERBINCANG DENGAN TUTOR TERHADAP MASALAH PEMBELAJARAN ANAK ANDA